Sunday, February 12, 2012

PETUGAS MEDIA DIMINTA MENINGGALKAN KAWASAN LIPUTAN

PETUGAS MEDIA DIMINTA MENINGGALKAN KAWASAN LIPUTAN
BY: AMIR ANUAR (120212)

TAWAU: Beberapa pengamal media terkilan dengan insiden petugas media yang diarahkan beredar dari kawasan liputan sempena persembahan kebudayaan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2012 di sini pada Sabtu malam.


Utusan Borneo yang turut mengalami insiden serupa juga sempat menyaksikan salah-seorang ahli jawatan kuasa penganjur yang merupakan ketua jabatan di sebuah stesen penyiaran bersama beberapa anggota krewnya ‘dilarang’ daripada berada di kawasan terbabit.

Situasi tersebut berlaku apabila seorang anggota polis dan seorang petugas rasmi festival berkenaan meminta petugas-petugas media terbabit berganjak dari kawasan liputan mereka dan masuk ke kawasan orang ramai ditempatkan.

Malah dalam insiden berasingan, seorang jurukamera TV turut diminta oleh pihak penganjur agar merakamkan gambar dalam posisi duduk atas alasan jurukamera tersebut mengganggu pandangan tetamu khas sekiranya berdiri.

Mengulas mengenai insiden yang berlaku, ketua jabatan terbabit yang enggan dikenali berkata insiden tersebut menimbulkan persoalan kerana kehadiran pihaknya di kawasan itu juga adalah untuk memberikan liputan bagi menaikkan imej bandar ini.

“Saya berasa hairan mengapa kita yang diminta berundur meninggalkan kawasan liputan, sedangkan orang ramai yang berasak-asak di kawasan yang disediakan kepada mereka hingga memasuki kawasan liputan kita.

“Kita berada di kawasan liputan pun sebab kita memiliki tag media. Jika kita diminta meninggalkan kawasan liputan, apa sebenarnya fungsi tag yang disediakan kepada petugas media ini? luahnya lagi.

Salah seorang wartawan di sebuah akhbar tempatan, Mohd Zafrin Nordin pula turut menyatakan kekesalannya dengan insiden terbabit yang disifatkannya sebagai tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Zafrin, insiden petugas media diminta meninggalkan kawasan liputan mereka tidak sepatutnya berlaku kerana pihak penganjur sendiri yang menyediakan tag media kepada pihak petugas media untuk berada di lokasi terbabit.

“Sepanjang saya menjalankan tugas sebagai wartawan di program-program besar termasuk Citrawarna di Kuala Lumpur, saya tidak pernah mengalami insiden sebegini. Malah petugas media dilayan secara profesional semasa membuat liputan!” tegasnya lagi.

Sementara itu, Utusan Borneo turut dimaklumkan bahawa Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ismail Mayakob memohon maaf atas insiden terbabit khususnya kepada para petugas media yang telibat.

18 comments:

abd naddin said...

perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.semua orang perlu bersikap profesional dan menghargai tugas media

¬Mé®åhcjåT娬 said...

pengamal media arus perdana hanya menjalankan tugas berada di lokasi trsbt. kita faham, ada bbrp kwsn yg kita tidak boleh masuki apabila berada di sesebuah program besar, khususnya dgn kehadiran TYT. tp, kwsn yg dimaksudkn di dlm artikel ni pula adalah kwsn yg dibenarkan utk mbuat liputan! entah dari mana arahan larangan tu diterima....huhu

The Reporter said...
This comment has been removed by the author.
Zafrin said...

Ini bukan kejadian yang pertama berlaku di Tawau ni. Antaranya semasa Festival Silat Nusantara dan Pesta Kaamatan di Eastern Plaza. Banyak kali juga rasanya perkara ini sudah disuarakan, termasuk oleh saya sendiri. Malangnya, siapalah media di mata mereka...

sankai said...

benda ni memang selalu berlaku di Tawau. peranan media masih belum di ambil berat oleh sebbilangan "pihak pengajur". apa pun, harap insiden ni menjadi pengajaran kepada sesiapa yg mau buat acara tu.

Maya Wahida said...

Bagi aku petugas itu tidak mengenal petugas media yang betul2 media (surat khabar & penyiaran) serta fungsi tugasan mereka. Apa yang aku saksikan ramai yang memakai pass MEDIA mlm itu... tidak tau betul keluar dari SU MPT atau buat sendiri (scan-print-liminate).

Penulis online awal2 sdh dibriefing oleh Datuk Presiden, tugasan: penulisan blog, FB tawaurian & mytawau, twitter dan penerbitan buku. Walaupun petugas kami ada 5 org tetapi SU hanya dapat bagi 2 pass OFFICIALS. 3 lagi ke mana? Kami hanya stay di belakang pentas, bersilih ganti menyaksikan event dalam kesesakan org ramai.

Zafrin said...

Kesian kita media tradisional dan media baru (bloggers)... Harap tahun hadapan penganjuran lebih baik.. Penat main peranan bantu promosi, akhirnya diabaikan juga... huhuhu...

¬Mé®åhcjåT娬 said...

tambah haru klu kes sebegini hanya dipandang ringan atau enteng oleh sesetengah pihak...

ninibadarun said...

kena halau mungkin satu hal..tapi hal yang paling memalukan tiada tempat duduk untuk media...tapi untuk budak kecil ada pula...huhuhu...

sankai said...

satu lagi yang aku nampak, kalau sebelum acara, "pihak penganjur" akan cakap media tradisional dan baru akan diberi layanan pro. tapi bila hari kejadian, boleh bayang sendiri apa yang berlaku. so, apa bleh buat.??? terima saja la kan....

Don said...

Ya.. Aku pun kena halau oleh RELA dan POLIS time menggambar VIP sbb menghalang konon jalan VIP ( aku ndak berdiri di carpet merah ) datang tapi lepas tu terus dorang ( RELA dan POLIS ) direct kena sound oleh Datuk Presiden sbb sound aku jangan ambil gambar sedangkan aku sendiri ada pass...

Don said...

Sama aku heran.. Pass media ndak silap aku ada 12.. tapi.. kena aku ramai lebih dari 20 orang ada pass media ? budak2 pun pakai tu pass.. mcm jenis main scan n print.. harusnya tahun depan strictkan lgi mengenai pass tersebut.. kesian kami yg di tugaskan untuk buat buku dapat 2.. tapi yg orang ndak sepatutnya dapat 4 pass media...

Ndninety said...

lain kali penganjur khususkan memang tempat linkungan buat liputan media dan kwsn photog2 yg ikut bertanding.so xda la salah fhm mcm ni timbul.belajarlah dr pengalaman lalu ba..dah 2kali penganjuran, klu kali ketiga msh berulang gak mmg memalukan...

¬Mé®åhcjåT娬 said...

Hari ini Pengerusi Penganjur FKAT 2012, Datuk Ismail Mayakob merangkap Presiden MPT sekali lagi memohon maaf kpd semua pengamal media yg terlibat. beliau jg berjanji akan membawa perkara ini ke dlm post-mortem FKAT 2012 & telah mengarahkan pegawainya utk mengenal-pasti individu2 yg trlbt di dlm isu berkaitan. Terima kasih Datuk kerana memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap permasalahan yg dikemukakan. Semoga penganjuran FKAT 2013 kelak terhindar daripada insiden berulang...

Disharludba Ara said...

Pengelibatan MEDIA adalah merupakan ASET penting dalam mana-mana peristewa unik. Tanpa MEDIA sesuatu hal atau jelasya sesuatu pemberian itu tidak sampai kenadi para pengamatnya. Lebih jelas, TAWAU tidak akan dikenali umum samada didalam dan diluar Negeri tanpa MEDIA. Tersentuh pula saya,..... Apa mungkin individu yang melakukan perkara ini ingin menonjolkkan diri sebagai orang terpenting dengan kuasa peribadinya dan bukan atas kehendak penganjur. Apapun,....Saya turut berterima kaseh kepada Datuk Presiden MPT, Datuk Ismail Mayakub kerana menghulurkan Hati Nuraninya demi meminta maaf yang mewakili individu yang terlibat. Apapun Datuk, adalah WAJIB untuk mengadakan Mesyuarat " POST MOTERM " dalam menelaah perkara ini dan kalau boleh, sila ambil tindakan yang sewajarnya dan JANGAN PULA KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA ".Salam

Anonymous said...

Tahniah kepada semua ahli-ahli media yang menjayakan festival kebudayan antarabangsa ke-2 yang julunh-julung kali di adakan di Tawau...menyingkap mengenai pertugas media di minta meninggakan kawasan liputan macam terasa agak berat tuduhan tersebut...memandangkan kita adalah orang-orang media yang mendapat pengikirafan dengan menunjukan hasil kerja dan liputan yang boleh dibanggakan oleh semua pihak.

Namun dari apa yang telah saya perhatikan semasa festival tersebut hanya segelintir sahaja yang betul-betul orang media kerana sebagai orang media seperti saya, kita seharus nya mempunyai Kad Perakuan MEDIA yang di keluarkan oleh agensi kerajaan yang mengitiraf bahawa anda adalah orang Media dan mewakili akhbar anda dari semua aspek termasuk dari akhbar mana anda bekerja atau berkhidmat.

Di masa yang sama saya juga mendapati ramai jurugambar2 yang bertaraf freelanceer...kalau tidak silap kiraan saya sewaktu itu ialah dalam lingkungan 20 orang...

Sebagai orang media. tidak kira mana2 media kita wakili kita harus mempunyai etika...iaitu ETIKA KEWARTAWANAN...iaitu seperti kita nampak di sini ialah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah...

Kita seharusnya mematuhi protokal Istana...kerana apa akan jadi sekiranaya gambar still atau video anda di paparkan atau di terbitkan dalam CNN atau mana2 media luar negara...Orang luar akan beranggapan yang kita bukanlah sebenarnya seorang wartawan atau orang media daripada apa yang kita paparkan.

Orang Media bukan sekadar penulis dan pengambil gambar...seperti cakap salah seorang memeber saya...

Dari pandangan saya sewaktu di sana, para wartawan tidak mempunyai apa2 masalah....yang bermasalah ialah para jurugambar-gambar kerna ingin mendapatkan gambar yang lebih elok atau angle-angle yang menarik....

Dan satu lagi yang saya amati...mereka yang bukan dari media tidak berpakaian kemas...kerana semua oeang media yang membuat liputan pada malam tersebut seperti RTM, Bernama, Boreopost dan beberapa akhbar Cina nampak berpakaian kemas..namun ada beberapa ahli-ahli kelab photgraphy yang saya perhatikan cuma memakai T-shirt....Adakah itu dalam etika berpakaian sebagai seorang MEDIA?

Banyak kawan-kawan daripada akhbar-akhbar nasional dan tempatan seperti jurugambar yang mempunyai perakuan Media akan berpakaiana kemas sekiranya TYT atau CM hadir...apatah lagi kalau yang hadir itu PM atau TPM...

Sebut pasal PM...beliau tu buat lawatan kerja ke Sabah 16 dan 17 Feb ini...

17hb beliau akan berada di Lahad Datu dan Tawau...

Kita akan tengok mana mereka yang betual2 orang Media kerana semasa ini hanya mereka yang mempunyai kad perakuan Media sahaja yang akan di benarkan membuat liputan oleh pihak atasan...kalau tidak ada kad perakuan media anda tidak akan dapat membuat liputan kerana hanya mereka yang bener2 orang media akan di benarkan...

Bagaimana pun tahniah keatas kerjasama semau

¬Mé®åhcjåT娬 said...

respek dgn org2 lama.no komen dah aku....

pakchadhussin said...

Tahniah diucapkan kepada penganjur FKTA Ke-2 Tahun 2012 dengan penampilan peserta lebih 30 etnik yang mempersembahkan tarian tradisi yg cukup unik dan menarik serta kehadiran orang ramai/warga Tawau dan pelancong luar yg turut menjayakan program yang gemilang,disamping kawalan keselamatan oleh PDRM & RELA yang cukup mesra dan toleransi,cuma nak komen sikit mengenai Press Control pada mlm tersebut agak longgar dan terlalu ramai fotografer yg duduk atas lantai/simen depan tempat duduk jemputan berhampiran tempat duduk VIP.Pas Khas Media dikeluarkan tetapi kawalan media kurang diberi perhatian sehingga fotografer wanita berseluar pendek turut meluru mengambil gambar semasa TYT YDP Negeri melancarkan majlis dan pihak media tidak diberi tempat duduk khas.Apapun seandainya masing2 melaksanakan tugas secara professional dengan mengamalkan sikap Persefahaman Asas Perpaduan Ummah tentu boleh mengelakkan perselisihan faham.Yang penting dengan adanya pengeluaran Pas Khas kawalan media perlu dilakukan oleh AJK Publisiti/Media.Dapatkan khidmat Jabatan Penerangan kerana mereka kenal wartawan/jurugambar yg memakai Pas Jabatan Penerangan sebab Pas Wartawan yg dikeluarkan Jabatan Penerangan itu lebih afdal daripada pas khas yg dikeluarkan oleh mana2 penganjur.Kad Media Jab.Penerangan hanya dikeluarkan kepada mana2 wartawan/jurufoto selepas menjalani tapisan khas keselamatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA ...

"Jika mahu berhenti di pertengahan jalan, kenapa tidak kau fikirkan lebih awal yang kau tidak mampu melakukannya? Ukur kemampuanmu sendiri.

Jika kau sudah mencuba, jangan pula mudah mengalah. Teruskan langkahmu. Jika tidak, perjalanan yang kau mulakan selama ini hanyalah sia-sia sahaja.

Jika kau sudah berusaha tetapi hasil yang kau perolehi tidak seperti yang didambakan, YAKINLAH... Pasti ada sesuatu yang lebih baik menantimu. Tetapkan imanmu pada YANG SATU...